Sunday, November 30, 2008

Buluh madu menjana ekonomi

Karim mampu jual 60 kilogram rebung sehari


POKOK rebung buluh madu juga cantik dijadikan landskap.


KANGAR 4 Jun - Pengusaha tanaman buluh madu, Karim Derani, 55, kini boleh menarik nafas lega kerana hasil usahanya itu mampu mengeluarkan rebung kira-kira 60 kilogram (kg) sehari.

Rebung yang dari kebun buluh madu di Kampung Syed Omar itu dijual ke pasar dan kedai-kedai makanan berdekatan dengan harga RM3 bagi sekilogram.

''Pada waktu cuti sekolah saya mendapat banyak tempahan daripada individu yang ingin mengadakan kenduri kerana kebiasaannya mereka akan mencampurkan rebung bersama masakan kari," katanya.

Karim berkata, beliau juga membuktikan tanaman buluh tidak menyebabkan tanah menjadi semak sekiranya memilih benih dan cara penanaman yang betul.

''Saya memilih buluh jenis madu kerana selain boleh menghasilkan rebung yang lebih sedap ia juga sesuai dijadikan tanaman hiasan yang menarik.

''Tanaman buluh juga senang dijaga kerana ia merupakan sejenis tumbuhan yang lasak tetapi masih perlu dijaga dengan rapi dan diberi baja," katanya.

Jelasnya, rebung matang yang mencecah ketinggian satu meter sahaja sesuai dipotong.

Katanya, tanaman rebung ini juga perlu diberikan aliran air yang sempurna untuk menjaga tahap kelembapannya.

''Untuk mendapatkan hasil rebung yang baik, pokok buluh memerlukan air kerana pada musim kering rebungnya akan berkurangan.

''Jadi aliran air yang baik membolehkan rebung dikeluarkan di luar musimnya," jelasnya.

Selain menjual rebung, Karim juga menjual benih pokok buluh madu yang mendapat permintaan menggalakkan.

''Permintaan terhadap benih pokok buluh sangat banyak sehingga saya terpaksa mengehadkan pengeluarannya kerana mahu menjaga tumbesaran pokok.

''Saya juga berhasrat memperbesarkan tanaman ini bagi memenuhi pasaran yang lebih luas," katanya.

Sunday, November 23, 2008

Khidmat Yang Ditawarkan

Kami menawarkan perkhidmatan seperti berikut :
  • Membekal benih buluh madu
  • Membuat tinjauan tanah yang bersesuaian dengan penanaman buluh madu
  • Perkhidmatan menanam buluh madu
  • Menyelia selepas penanaman dilakukan
Bagi individu yang berminat, bolehlah menghubungi / sms kami menerusi talian talipon atau email kepada kami di :

Fauzi : 012 - 412 1688
email : jerukrebung@gmail.com

Thursday, November 20, 2008

Rebung Buluh Madu


Rebung adalah tunas muda dari pokok buluh. Rebung tumbuh dari akar pokok buluh / bambu.

Penduduk di Malaysia mahupun di Asia biasanya memanfaatkan rebung untuk makanan.
Rebung buluh madu adalah sayuran yang boleh dimakan secara mentah/segar ataupun dimasak. Ia kaya dengan nutrien untuk keperluan badan dan komposisis kandungan nutrien bergantung kepada jenisnya.

Rebung memiliki kandungan, karbohidrat, protein dan 12 asam amino esensial yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan memakan rebung secara teratur merupakan satu tindakan preventif untuk mengusir berbagai jenis penyakit termasuk barah.


Rebung Mentah

Nutrisi, Nilai per 100 gram porsi makanan

Air, 91 g
Energi, 27 kcal
Energi, 113 kj
Protein, 2.6 g
Total lemak, 0.3 g
Karbohidrat, 5.2 g
Serat, 2.2 g
Ampas, 0.9 g

Mineral

Kalsium, Ca, 13 mg
Besi, Fe, 0.5 mg
Magnesium, Mg, 3 mg
Phospor, P, 59 mg
Potassium, K, 533 mg
Sodium, Na, 4 mg
Seng, Zn, 1.1 mg
Tembaga, Cu, 0.19 mg
Mangan, Mn, 0.262 mg
Selenium, Se, 0.8 mcg

Vitamin

Vitamin C, ascorbic acid 4 mg
Thiamin, 0.15 mg
Riboflavin, 0.07 mg
Niacin, 0.6 mg
Asam Pantothenic, 0.161 mg
Vitamin B-6, 0.24 mg
Folate, 7.1 mcg
Vitamin B-12, 0 mcg
Vitamin A, IU, 20 IU
Vitamin A, RE, 2 mcg_RE
Vitamin E, 1 mg_ATE

Lemak

Asam lemak jenuh, saturated, 0.069 g
4:0, 0 g
6:0, 0 g
8:0, 0 g
10:0, 0 g
12:0, 0.002 g
14:0, 0.002 g
16:0, 0.051 g
18:0, 0.006 g
Asam lemak tak jenuh, monounsaturated, 0.007 g 16:1, 0 g
18:1, 0.007 g
20:1, 0 g
22:1, 0 g
Asam lemak tak jenuh, polyunsaturated, 0.134 g 18:2, 0.114 g
18:3, 0.02 g
18:4, 0 g
20:4, 0 g
20:5, 0 g
22:5, 0 g
22:6, 0 g
Kolesterol, 0 mg
Phytosterols, 19 mg

Asam Amino

Tryptophan, 0.027 g
Threonine, 0.086 g
Isoleucine, 0.088 g
Leucine, 0.14 g
Lysine, 0.134 g
Methionine, 0.03 g
Cystine, 0.022 g
Phenylalanine, 0.09 g
Valine, 0.106 g
Arginine, 0.097 g
Histidine, 0.042 g
Alanine, 0.124 g
Asam Aspartic, 0.425 g
Asam Glutamic, 0.248 g
Glycine, 0.087 g
Proline, 0.219 g
Serine, 0.127 g

Penanaman Buluh Madu

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Ia cuma tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar. Tempoh matang pokok buluh untuk penghasilan rebung juga singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.

Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.

Harga rebung buluh bergantung kepada jenisnya iaitu RM5 bagi rebung jenis Buluh Betung yang belum diproses dan RM8 yang sudah diproses bagi setiap kilogram, manakala rebung Buluh Beting adalah RM3 bagi yang belum diproses dan RM5 untuk yang sudah diproses. Perusahaan rebung mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana permintaan yang banyak ekoran semakin ramai yang menggemari rebung.

Ramai tak tahu rebung boleh digoreng dan paling digemari adalah masak lemak cili api rebung dengan ayam atau daging salai. Selain daripada itu rebung juga boleh di buat kerepek dan juga tepung.